July 12, 2011
written by mfuad

Kami sampai di Shah Alam hari Ahad jam 11.30 malam - check in di INTEKMA. Isnin pagi Check Out dan sarapan di Restoran Gembira sek 3 shah alam. Lauk nasi lemaknya ternyata lebih kurang sama seperti di JB. Mungkin kerana rata-rata pekerja restoran 2 tempat ni senegara agaknya. 

Tidak menunggu panjang, kami ke UiTM PTAR1 jam 9.00 pagi untuk misi pertama dan disambut oleh PRO library mereka.

Kami dibawa ke meeting room dan dipersembahkan video berkenaan UiTM. Agak nostalgia kepada saya yang merupakan x student 1997-2000. Kami dibawa ke setiap aras, melihat rak, buku, perabot, LCD TV (yang saya kira sahaja hampir 20 unit). Kami ditunjukkan juga ruang yang baru di ubahsuai, lengkap dengan perabot, 6 ruang perbincangan terbuka ala-ala restoran Ani sup utara... yang setiap satu dilengkapi dengan LCD TV...  konsep warna sangat ceria .. warna OREN... Kemudian saya mengintai-intai ke Unit muzik library, tempat saya dan best friend study, Mr. Hasrul a.k.a ALOY Rasaksa Bela (now a chief Librarian at UNIKL). Bilik, meja, alatan..  semua telah tiada, berubah sepenuhnya...  but sikit-sikit... the Memory-Still-remains.. he..he..

 

Berbalik kepada KIK, penerangan ditumpukan kepada projek KIK berkaitan susunan buku di rak. Penerangan berlanjutan di kaunter sirkulasi dan di diteruskan oleh pembantu kanan dihadapan meja Sirkulasi. Agak teruja dengan kaedah PTAR UiTM menyusun buku kerana  menggunakan semua tenaga stafnya  pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.  Lagi terkejut  apabila dimaklumkan yang staf kaunter mereka hanya ada 6 orang sahaja ( itupun menurut mereka.. ramai... biasanya 4 orang sahaja).

Bagi buku yang baru dipulangkan pula, ianya akan dihantar ke rak oleh 2 Pem. Am Pejabat mengikut aras ( yang saya faham maknanya, 4 aras x 2 orang = 8 orang PAP kesemuanya).

Lawatan kami tamat jam 11.00 pagi dan kami ke UTMIC sebagai tempat bersanggar ( khuatir jalan sesak untuk ke UIAM rehat tengahari) . Terima kasih kepada pihak pengurusan UTMIC Library yang sempat plan  satu sesi lawatan berpandu dan diakhiri dengan jamuan tengahari nasi ayam gaya KL. Sebenarnya kami maklumkan KL nak singgah disaat akhir semasa kami di UiTM kerana taklimat dijangka habis awal.  TQ Cik Haslina KKL, Cik Syima, Cik Ayesha, En Hairi, Kak Normah dan semua rakan-rakan lain di KL... diatas sambutan ala-ala VVVIP....  ada masa kami akan singgah lagi..

 

 

Sampai di pintu pagar UIAM jam 1.57 petang dan terus ke Masjid, kami dimaklumkan pengawal yang Perpustakaan terletak di sebelah Masjid. Masa tercari cari tu... saudara Asyik ditolak kedepan untuk menunjukkan jalan...mujur ada x-UIAM dalam bas...  senang sikit kerja... Jam 2.30 petang kami ke library dan disambut oleh 4 staf yang memakai pakaian berwarna Oren/hitam, kemudiannya salah seorang memaklumkan yang beliau adalah Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat.

Luas juga Library UIAM ni, siling yang tinggi menampakkan lagi keluasannya. Penataan lampunya menarik, menyerlahkan lagi senibina islam yang unggul. Saya tertarik dengan hiasan kaca berwarna warni di atas cermin tingkap... Nostalgia.. teringat kaca warna warni di tingkap lama rumah atuk..

Kami kemudiannya dibawa ke meeting room (wow...sungguh indah bilik ini).  Lengkap dengan conference mic setiap orang, speaker dan centre multimedia control. First time melihat meeting room di lengkapi dengan 2 unit Dehumidifier ( jika di PSZ kita gunakannya di Bilik Bahan Media sahaja). Seterusnya, penerangan KIK tertumpu kepada Siddiq Smart Directory satu kaedah pencarian rak buku pintar. Melalui kaedah ini, pelajar tak perlu lagi bertanya kepada staf untuk

 

mengetahui kedudukan rak. Mereka hanya perlu key in huruf sahaja (LCCN)  dan Siddiq directory akan point kedudukan rak berpandukan peta aras. Satu inovasi yang amat membantu pelajar. Yang hebatnya lagi, sistem ini dibangunkan oleh Pustakawan sendiri dan bukannya syarikat IT  luar. Dimaklumkan yang projek ini telah dipertandingkan diperingkat mini, region, IPT dan kebangsaan. Terkini mereka baru sahaja membentangkan SIDDIQ kepada pengurusan UIAM. Tahniah kepada team KIK Library.

Kemudiannya kami dijamu Makanan Johor , lontong rendang daging. Sesi perkongsian resepi (rupa-rupanya makanan di sini lebihkurang je di JB) dan juga perkongsian  ilmu diteruskan dibilik ini.

Selesai menjamu selera kami dibawa oleh Puan Ketua Pustakawan sendiri melawat ke seluruh library. Koleksi yang amat menyentuh jiwa saya adalah koleksi al quran pelbagai bahasa, inggeris, russia, german, swami, rwanda, Myanmar, portugal, namibia, somalia, ghana, india, china.. dll. Menurut mereka ianya adalah koleksi ala-ala Galerium.

 

Pada saya, semuanya sangat hebat dan KP juga memaklumkan saya yang library sedang dalam proses membangunkan bilik ilmuan islam. Nampak satu bilik yang telah dikosongkan untuk tujuan ini. Gambar sedang di frame dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan. Kami diundang untuk hadir menyaksikan koleksi ini apabila dah siap nanti. Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab, Insyaallah. Tahniah kepada Puan KP UIAM yang berusaha mempertabatkan ilmu serta ilmuan islam, sesuai dengan nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

Jam 5.15 petang kami bertolak ke Johor.  Jalan terlalu sibuk waktu ini. Tertanya dalam hati "macammanalah orang KL ni boleh hidup menempuh perjalanan yang getir seperti ini setiap hari?"... perjalanan keluar dari KL yang sepatutnya 35 minit menjadi 3 kali ganda...  letih.. walaupun bukan kami yang memandu. 8.15 singgah sebentar di Melaka sambil menjamu DURIAN kampung melaka, TQ tu Mr Khalid.

Jam 12.30 tengah malam kami sampai di tempat berlepas. Ternyata semua peserta kepenatan tetapi kami semua bersyukur kerana sampai kedestinasi dengan selamat. Alhamdulillah....  Yang lebih hebatnya lagi ialah... Esoknya kerja macam biasa.. he..he

 

Last 5 posts by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image

This page is maintained by Mohd Fuad B Mohamed Yusof.
For any inquiry please send us an email at : mfuad@utm.my
Using UTM Lumino Version 3.1.2 (14-6-2011)