October 25, 2011
written by mfuad

7.50 am

  • Kawasan pameran telah siap sedia.
  • Rakan-rakan dari PHB & CICT juga telah siap sedia.
  • Pagi tersebut instrumental Kenney G berkumandang di ruang foyer serta dewan.

8.30 am

  • Pendaftaran peserta berlangsung dengan lancar.
  • Kelihatan peserta telah mengambil tempat duduk.
  • Tetamu jemputan sampai
  • Lagu Negaraku berkumandang
  • Sesi ucapan dan diakhiri dengan Montaj
  • Semua berjalan dengan lancar

10.30 am

  • Minum pagi - Beehoon yang kurang menyelerakan.

11.00 am

  • Sesi pembentangan bermula semula.

12.30 tengahari

  • Sesi berhenti rehat untuk makan tengahari.
  • Makanan kali ini ok sikit.

2.00 pm

  •  Sesi pembentangan bermula semula.
  • Kira-kira 4.30pm pembentangan tamat

5.00 pm

  • Minum petang...

5.10 pm

  • Penyusunan meja bermula bagi menjadikan konsep world Cafe'
  • Kami bekerjasama beramai-ramai...
  • Jam 6.00 semua selesai.. pintu dewan ditutup

 

 

 

October 24, 2011
written by mfuad

8.00 pagi

  • Suasana agak lengang di dewan..  kebanyakkan masih di PSZ membuat persiapan.
  • Sebentar kemudian nampak kelibat Abg Khalid datang menawarkan khidmatnya.
  • Saparan sampai jam 8.30 pagi.
  • Kita minum dulu...
  • Kemudian En Yusrul juga datang ke dewan..  kami sama-sama membersihkan dinding booth dengan minyak tanah dan pengikis...  bersih dan kemas..

9.00 pagi

  • PA system sedang di buat testing. Semua Ok...
  • Kami menunggu MCP dari CICT ( Abg Din ).. katanya 10.30 dia sampai buat setting.
  • Sementara itu setting buanga sedang dilakukan.

10.30 pagi

  • Abg Din sampai buat testing.
  • kamera dipasang.
  • Skrin kanan kiri dipancarkan
  • Suara di setkan.
  • Video di onkan.
  • Lagu negaraku di kumandangkan.

11.30 pagi

  • Rehersal pertama dibuat.
  • Semua berjalan dengan baik.
  • Kira-kira jam 12.30 selesai untuk berehat.

12.30 tgh hari

  • Rehersal kedua dibuat.
  • Malangnya masa ini kebanyakkan petugas tiada.
  • En Zaidi jadi bidan terjun mengawal MCP sepenuhnya.
  • Kawalan dari luar menggunakan Walkie talkie.
  • Terdapat beberapa perkara ditambah.
  • Kira-kira jam 1.30 berehat tengahari.

 2.00 petang

  •  Bahan pameran telah sampai.
  • En Nasir bersama En Anuar menyusun kronologi pameran
  • Kesemua JK pameran & peralatan bekerjasama menampal pameran.
  • Ukuran perlu tepat.

4.30 petang

  • petang kerja-kerja menampal selesai.
October 24, 2011
written by mfuad

8.00 pagi

  • Semua team angkut barang telah siap sedia mengumpul semua alat2.
  • Lori tak tunggu lama kerana perlu ke destinasi lain sebelum 10.00 pagi.
  • Sebahagian alat diangkut sendiri oleh staf dan berjalan ke DSI, hebat..
  • Kesemua JK bekerjasama mengangkat turun panel board, panel 3 segi pameran, peralatan pameran, komputer, meja, beg seminar, kertaskerja.. dll.
  • Kesemua barang berada di dewan jam 10.00 pagi.

10.00 pagi

  • Proses memasang panel board diteruskan...  mujur juga 8 unit booth telah siap dipasang oleh vendor Teguh Era.
  • Kami rehat seketika jam 10.30 untuk sarapan...  nasi goreng kosong.. dan air kosong... jadilah buat mengalas perut..
  • Paling mencabar apabila plastik arclic sebanyak 48 keping yang kotor dengan double sided tape perlu dibersihkan dengan segera. Jadi kerja-kerja pembersihan telah dilakukan menggunakan minyak tanah, kain, pengikis..  seramai 11 orang berusaha keras...

12.00 tengahari

  • Kerja-kerja memasang arclic dilakukan dengan teliti. Bagi menghilangkan bau minyak tanah, kami menggunakan pembersih cermin... alhamdulillah sekarang dah berbau wangi.
  • Setting PA System tak dibuat masa ini kerana semalam semua setting telah dibuat. Pihak PHB memang dah biasa dengan kerja-kerja ni, TQ kepada En Wan...

1.00 petang

  • Semua kerja-kerja selesai, bertemu semula hari esok.

 

 

 

« Previous PageNext Page »

This page is maintained by Mohd Fuad B Mohamed Yusof.
For any inquiry please send us an email at : mfuad@utm.my
Using UTM Lumino Version 3.1.2 (14-6-2011)