September 15, 2011
written by mfuad

Laporan Pra-Lawatan CSR PSZ dan PPM(KS) Ke Kampung Belukar Durian Sedili Kechil

 

Tarikh       :  14 September 2011

Masa            :  11.30 – 1.00 tgh

Lokasi         :  Pusat Aktiviti Kampung Belukar Durian

 

Wakil PPMKS dan PSZ  :  

-          En. Mohd Fuad bin Mohamed Yusof

-          En. Mohd Alias bin Tohiran

-          En. Yusrul Hisham bin Mohd Yusof

-          En. Noor Effendy bin Hamzah

-          Pn. Norazila binti Safri

-          Cik Nabilah binti Jamil

 

Wakil penduduk :

-          En. Mahadan bin Mansor (Pengerusi Gerakan Wawasan Kampung Belukar Durian)

-          6 orang penduduk kampung

 

Objektif Projek Khidmat Masyarakat

  1. Membangunkan mini perpustakaan di luar bandar khususnya di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi ;
  2. Memupuk budaya membaca dikalangan anak-anak penduduk luar bandar khususnya yang sedang berada di bangku persekolahan ;
  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar mengenai kepentingan mempelajari teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam budaya kehidupan dan pembelajaran masa kini ;
  4. Merapatkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat Universiti dengan luar bandar.

 

Sejarah Projek

1997 :

Program Khidmat Masyarakat telah diadakan oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor sejak tahun 1997 dan diteruskan sehinggalah sekarang.

Program ini merupakan aktiviti tahunan PSZ bagi menyumbang kepakaran untuk membangunkan bilik/ruang bacaan serta dapat menerapkan budaya membaca.

Peserta program ini disertai oleh semua ahli keluarga staf PSZ dan penduduk kampung yang berkenaan.

 

24 Jun 2001 :

Ia merupakan lanjutan daripada program yang dijalankan pada tahun 1999 bagi membangunkan Bilik Bacaan di Balairaya Kampung Belukar Durian dan Projek Anak Angkat PSZ pada tahun 2000. Sebahagian daripada aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah kekeluargaan, acara kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, dan membaca buku cerita.

8 Jun 2002 :

Aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Dialog Pembinaan Sahsiah Anak-anak bersama penduduk kampung, bimbingan pengurusan koleksi perpustakaan mini kepada “Penggiat Ilmu”, pelancaran laman web projek, dan aktiviti bersama kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, membaca dan teka silang kata.

 

 15 Mei 2004 :

Marhaban bersama penduduk kampung sebagai penutup majlis perasmian program bersempena Maulidur Rasul di samping memohon keberkatan untuk semua yang terlibat. Aktiviti kanak-kanak pada program kali ini lebih berbentuk kuiz untuk pelajar sekolah rendah tahap I dan II.  Mewarna adalah aktiviti sampingan untuk kanak-kanak yang berumur bawah 7 tahun. PSZ bermurah hati menyumbang 2 buah komputer untuk kegunaan pelajar di kampung tersebut bagi merealisasi generasi celik IT di kawasan pedalaman.

 

Kampung Belukar Durian sepintas lalu

Terletak di Kuala Sedili, Kota Tinggi, kampung ini damai dikelilingi hutan paya bakau yang merimbun di sepanjang sungai. Di waktu malam, pengunjung berpeluang menyusuri sungai menghayati panorama indah kerlipan kunang-kunang. Pohon nipah yang tumbuh subur di kawasan paya pula menjanjikan perjalanan yang amat mengujakan melalui ‘broadwalk’ yang disediakan. Terkenal dengan belangkas dan kesegaran udang galahnya, pengunjung boleh memilih untuk bermalam di sini kerana ‘home stay’ dan chalet turut disediakan dengan tawaran pakej yang menarik. Selain itu pengunjung juga boleh melawat pusat kraftangan  atau ke rumah-rumah penduduk yang mengusahakan pelbagai barangan kraf yang  bersumberkan alam semulajadi Sedili seperti kerang-kerangan dan nipah.

 

Laporan perbincangan :

Hasil Mesyuarat Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Selatan) (PPMKS) Bil. 2/2011 bertarikh 24 Ogos 2011, maka pada 14 September 2011, seramai 6 orang wakil PPM(KS) dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah berkunjung ke Kampung Belukar Durian Sedili Kecil untuk meninjau dengan lebih dekat perkembangan pusat sumber yang pernah dibangunkan di sana serta mengenalpasti bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan oleh pihak persatuan dan PSZ sebagai memenuhi Tanggungjawab Khidmat Masyarakat. Ini merupakan aktiviti pertama PPM(KS) di kampung ini.

 

Hasil pertemuan, berikut adalah maklumbalas yang diterima :

i)        Pusat sumber yang diasaskan di Balai Raya telahpun dipindahkan ke Pusat Aktiviti kerana balai raya berkenaan telah ditukar fungsinya kepada Pusat Maklumat ;

ii)      Keadaan Pusat sumber dan koleksi agak tidak terurus kerana barisan ‘Penggiat Ilmu’ yang pernah ditubuhkan 9 tahun lepas tidak lagi dapat memberikan komitmen mereka  ;

iii)    Semua komputer yang pernah disumbangkan oleh PSZ dan juga pihak KEJORA yang ditempatkan di Pusat Maklumat telah musnah disambar petir ;

iv)                Kampung tersebut tidak menerima signal ‘network’ untuk akses internet ;

v)      Kekurangan koleksi kerana ada bahan yang telah rosak diserang tikus yang turut merosakkan almari buku.

Antara bantuan yang diminta daripada pihak PSZ dan PPM(KS) ialah :

i)                    peralatan komputer ;

ii)                  kelas bimbingan komputer serta aplikasinya ;

iii)                kelas bimbingan pengenalan perkembangan teknologi maklumat.

 

Aturcara perjumpaan dan cadangan aktiviti :

Rujuk LAMPIRAN.

Selain itu, turut dibincangkan aktiviti-aktiviti 2 hala yang boleh dilaksanakan semasa lawatan itu nanti yang boleh melibatkan semua ahli rombongan bersama penduduk kampong. Diharapkan aktiviti ini akan memberikan manfaat kepada kedua belah pihak dan dapat mengeratkan lagi ukhwah yang telah sedia terjalin antara penduduk kampung dan juga staf PSZ khususnya serta ahli PPM(KS) amnya.

Disediakan oleh :

Norazila Binti Safri

Setiausaha PPM(KS)Sesi 2010/2012

19 September 2011

 

http://www.staff.blog.utm.my/ppmkscsrpsz/

September 15, 2011
written by mfuad

Latar Belakang Program Khidmat Masyarakat :

  • Program Khidmat Masyarakat telah diadakan oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor sejak tahun 1997 dan diteruskan sehinggalah sekarang.
  • Program ini merupakan aktiviti tahunan PSZ bagi menyumbang kepakaran untuk membangunkan bilik/ruang bacaan serta dapat menerapkan budaya membaca.
  • Peserta program ini disertai oleh semua ahli keluarga staf PSZ dan penduduk kampung yang berkenaan.

Objektif Program Khidmat Masyarakat:

  • Membangunkan mini perpustakaan di luar bandar khususnya di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi.
  • Memupuk budaya membaca dikalangan anak-anak penduduk luar bandar khususnya yang sedang berada di bangku persekolahan.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat luar bandar mengenai kepentingan mempelajari teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam budaya kehidupan dan pembelajaran masa kini.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat Universiti dengan luar bandar.

 

Perjalanan program untuk Program Khidmat Masyarakat:

15 Mei 2004 :
Marhaban bersama penduduk kampung sebagai penutup majlis perasmian program bersempena Maulidur Rasul di samping memohon keberkatan untuk semua yang terlibat. Aktiviti kanak-kanak pada program kali ini lebih berbentuk kuiz untuk pelajar sekolah rendah tahap I dan II.  Mewarna adalah aktiviti sampingan untuk kanak-kanak yang berumur bawah 7 tahun. PSZ bermurah hati menyumbang 2 buah komputer untuk kegunaan pelajar di kampung tersebut bagi merealisasi generasi celik IT di kawasan pedalaman.

Berita Program :

Projek Khidmat Masyarakat Perpustakaan Sultanah Zanariah (PKMPSZ) 2004 di Kg. Belukar Durian.

Aktiviti tahunan bagi PKMPSZ untuk tahun 2004 dijalankan pada 15 Mei 2004. Lokasi aktiviti adalah bertempat di balairaya Kg. Belukar Durian bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Selepas bermesyuarat bersama wakil-wakil penduduk Kg. Durian Belukar, pelbagai program dan aktiviti dirancang di mana ianya melibatkan semua lapisan umur peserta yang terdiri daripada kakitangan PSZ dan penduduk Kg. Belukar Durian. - lihat aturcara program.

  • Sumbangan bahan bacaan kepada Mini Perpustakaan
    Kini terdapat perkembangan positif di mana perpustakaan mini di kampung tersebut telah mendapat ruang baru yang lebih selesa dan cantik. Perubahan ini sedikit sebanyak dapat menarik minat anak-anak penduduk kampung untuk datang ke perpustakaan sekaligus mempunyai minat membaca dan cintakan ilmu pengetahuan.
  • Pentingnya peranan perpustakaan di dalam menyediakan kemudahan pencarian maklumat serta menambah pengetahuan di kalangan masyarakat perlu dipupuk. Justeru itu, Jawatankuasa Pengurusan Koleksi PKMPSZ menyumbang sejumlah naskhah buku sebagai tambahan kepada koleksi yang sedia ada. Bahan bacaan yang dipilih dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti bahan bacaan bagi kanak-kanak tahap satu, tahap dua dan juga koleksi novel untuk remaja.
  • Pihak jawatankuasa juga telah memilih beberapa buah tajuk bagi menambah pengetahuan di kalangan ibu bapa dan golongan dewasa. Ini bertujuan memberikan kesedaran bahawa perpustakaan adalah gedung ilmu bagi setiap lapisan masyarakat. Selain itu, pengwujudan koleksi yang sedemikian bertujuan menggalakkan ibu bapa bersama-sama keluarganya untuk membaca dan seterusnya menambah ilmu pengetahuan mereka. Secara tidak langsung aktiviti ini akan mengeratkan ikatan kekeluargaan.
  • Diharapkan dengan sumbangan buku yang dibuat, sedikit sebanyak dapat membantu penduduk Kg. Belukar Durian, memperkayakan pengetahuan dan seterusnya melahirkan bakal-bakal pemimpin kelak.

 

ATURCARA PROGRAM : 15 Mei 2004

 

08.00 pg. - 10.00 pg.

: Bertolak dari PSZ, UTM Skudai
10.00 pg. - 10.30 pg.  : Bacaan doa 

: Ucapan Penghulu Kg. Belukar Durian

: Majlis Perasmian

: Penyerahan Sumbangan Koleksi / Komputer

: Marhaban

 

10.30 pg. - 11.00 pg. : Minum pagi
11.00 pg. - 12. 00 tgh.  : Acara Simbolik : menanam pokok 

: Aktiviti Kanak-Kanak

 

12.00 tgh. - 02.00 ptg. : Sesi Dialog
3.30 ptg. - 04.00 ptg.  : Cabutan bertuah 

: Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati

: Majlis Sambutan Harijadi

: Majlis Penutup

 

 

8 Jun 2002 :
Aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Dialog Pembinaan Sahsiah Anak-anak bersama penduduk kampung, bimbingan pengurusan koleksi perpustakaan mini kepada “Penggiat Ilmu”, pelancaran laman web projek, dan aktiviti bersama kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, membaca dan teka silang kata.
 

24 Jun 2001 :
Ia merupakan lanjutan daripada program yang dijalankan pada tahun 1999 bagi membangunkan Bilik Bacaan di Balairaya Kampung Belukar Durian dan Projek Anak Angkat PSZ pada tahun 2000. Sebahagian daripada aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah kekeluargaan, acara kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, dan membaca buku cerita.

 

Ahli Jawatankuasa PSZ untuk Program Khidmat Masyarakat pada 15 Mei 2004 :

   

 

Penaung
Pn. Kamariah Nor  Mohd Desa

 

   
   

Pengerusi
En. Mohd Alias Tohiran

 

   
   

Timbalan Pengerusi
En. Ruseli Md Noh

 

   
   

Setiausaha
Pn. Khairulbahiyah Yaakub

 

   
   

Kewangan
Pn. Hazara Sulaiman

 

   
   

Penyelaras Projek
Cik Salina Shamshuri

   

Jawatankuasa
Publisiti

Jawatankuasa Logistik

Jawatankuasa Pengurusan Koleksi

Jawatankuasa Pengisian Dialog

Jawatankuasa
Aktiviti Kanak-Kanak

Jawatankuasa
Tugas-Tugas Khas

En. Md. Razib Karno

En. Noor Effendy Hamzah

Cik Mazyana Hashim

 

En. Mohd Fuad Mohamed Yusof

Cik Nazrinda A. Samah

Cik Hamizah Sumin & Cik Aslinda Mohamed Aris

 Koleksi Gambar

 Sekitar Program Khidmat Masyarakat :

 g4.jpg (35794 bytes)

g2.jpg (39180 bytes)

g5.jpg (37979 bytes)

g3.jpg (39388 bytes)

Aktiviti pertama untuk Program Khidmat Masyarakat pada tahun 1997


g1.jpg (44338 bytes)

Para peserta program yang dijalankan pada Julai  1999


sedili2001-5.JPG (26579 bytes)

sedili2001-4.JPG (23563 bytes)

sedili2001-7.JPG (17848 bytes)

sedili2001-1.JPG (28994 bytes)

sedili2001-2.JPG (30371 bytes)

sedili2001-3.JPG (27685 bytes)

sedili2001-6.JPG (23436 bytes)

Aktiviti Program Khidmat Masyarakat pada tahun 1997


balai.jpg (5863 bytes)

Bangunan Balairaya Kg. Belukar Durian


jlnmasuk.jpg (24635 bytes)  sungai.JPG (12040 bytes)

kedai.JPG (13117 bytes)  sekolah.JPG (14389 bytes)

Laluan masuk ke Kg. Belukar Durian dari Sedili Kecil


koleksi.JPG (8219 bytes)

Sebahagian daripada koleksi  yg terdapat di Mini Perpustakaan


meet1.jpg (13894 bytes)  meet2.JPG (13455 bytes)  meet3.JPG (12858 bytes)

Mesyuarat perancangan aktiviti di antara AJK PSZ dan AJK Kg. Belukar Durian pada Mei  2002

 

 

Kumpulan Penggiat Ilmu

Mini Perpustakaan

Kg Belukar Durian

 

Nama Jawatan dalam kumpulan Tahun / Tingkatan
Siti Aminah Bte Wahab Pengerusi -
Rubiah Bte Karim Penolong -
Wan Fazidah Bte Wan Zaili AJK -
Wan Fazrin Bte Wan Zaili AJK -
Suriana Bte Mansor AJK -
Suria Shahida Bte A. Razak AJK -
Shahierah Bte Sahadan AJK -
Noridah Bte Mohd Said AJK -

 


 

Senarai Tugas AJK Mini Perpustakaan

 

  • Bertugas di perpustakaan mengikut jadual atau berdasarkan permintaan;
  • Mencatat maklumat peminjaman dan pemulangan koleksi perpustakaan di dalam Buku Daftar Peminjaman & Senarai Judul Koleksi;

  • Memastikan koleksi perpustakaan disusun mengikut mengikut susunan yang betul;
  • Menyenaraikan ( di dalam Buku Daftar Peminjaman & Senarai Judul Koleksi ) dan melabelkan koleksi baru sekiranya ada;
  • Memastikan keselamatan koleksi perpustakaan daripada hilang atau rosak;
  • Menyemak koleksi perpustakaan dan membuat laporan kehilangan  atau kerosakan bahan kepada PSZ sekiranya ada;
  • Memastikan keadaan perpustakaan dalam keadaan   bersih, kemas dan teratur.
 * Ketua atau penolong AJK bertanggungjawab membuat statistik Bulanan Jumlah Peminjam dan Peminjaman Koleksi dan dihantar ke PSZ

 


 

Statistik Penggunaan Bahan Mini Perpustakaan 2002

 

Bulan Jumlah Pengguna Mini Perpustakaan Jumlah Bahan digunakan
Jan    
Feb    
Mac    
Apr    
Mei    
Jun    
July    
Aug    
Sept    
Oct    
Nov    
Dec    

 


 

Jumlah koleksi mini perpustakaan setakat ini adalah ;

 

  • Buku 40 naskah.

  • Majalah 25 naskah.

 

Sumber: http://www.psz.utm.my/PKMPSZ/index_all.htm

This page is maintained by Mohd Fuad B Mohamed Yusof.
For any inquiry please send us an email at : mfuad@utm.my
Using UTM Lumino Version 3.1.2 (14-6-2011)