Nota Tetamu
Posted by zaiton in Nota Tetamu on September 27, 2010
Sebelum saya mempelajari Bahasa Mandarin ini, saya selalu beranggapan Bahasa ini hanya sesuai dipelajari oleh anak-anak sekolah, rasanya dah terlalu lewat untuk mempelajarinya, boleh ke nak belajar ni?, boleh ke nak sebut perkataan Mandarin yang saya rasakan pelik dan begitu sukar untuk disebut!
Selepas saya belajar saya dapati ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Semua orang boleh mempelajarinya. Hendak dengan tak nak sahaja. Dengan usaha dan kerajinan untuk mengulangkaji dan mempraktikkannya inshallah kita akan dapat menguasainya.
Jadi bagi para netters yang saya kasihi, saya inginkan pandangan anda semua tentang bahasa Mandarin. Apa pandangan anda tentang Bahasa Mandarin ini
Selamat Datang Ke Blog Belajar Bahasa Mandarin
Blog ini dibangunkan dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang kemahiran berbahasa mandarin. Saya akan cuba berkongsi pengetahuan yang telah saya pelajari, saya bukanlah yang terbaik tetapi rasanya sedikit sebanyak boleh menyumbang untuk pengetahuan bersama.

